November 04, 2008

Paket Cilik

Assalamualaikum.. lama pulak tak tulis almaklum sibuk dgn tugas harian.Produk baru kami adalah packaging 1kg, dijual dengan harga rm6.pengedar dialu alukan.tapi kalau nak kami poskan kene beli lebih dari 20pek la senang hati nak hantar cover duit minyak sikit.

October 16, 2008

Bantuan RISDA

Semalam beraya kat rumah kawan yang kerja dengan RISDA . Dia cakap bantuan RISDA tak ikut background individu. selagi ada kebun getah lebih 2 ekar dan dah lebih 20thn tapi tak lebih 10 ekar boleh minta bantuan tanaman semula utk 6 thn macam duit saku, baja ,getah dan bantuan teknikal.Tanaman kontan atau penternakan semasa pokok getah tgh naik pun turut diberi bantuan. satu lagi kalau dah tebang getah nak tanam kelapa sawit pun RISDA boleh tanggung lagi tapi lepas tebang balik sendirian berhad lah. cuba promote baja zeolite , tapi tak berani nak cakap lebih pasal result kat kebun getah belum pernah ada data lagi.Tapi secara teorinya zeolite adalah utk baikkan struktur tanah dan kuatkan dalamaman pokok.kira tongkat ali utk tanaman la.keterangan lanjut sila lawati

http://www.risda.gov.my

October 14, 2008

BAJA ZEOLITE in details...

APA ITU BAJA GUNUNG BERAPI (Baja Organik)

BAJA GUNUNG BERAPI adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0). Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidakakan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.


KELEBIHAN/KEBAIKAN BAJA GUNUNG BERAPI DALAM PERTANIAN:

Mengandungi 'Potassium' yang tinggi, berkeupayaan bertindakbalas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah.
Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan.
Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.
Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok buah-buahan dll.
Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit.
Memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman.
Meningkatkan pH, KTK, N, Ca. Mg dan K dalam tanah.
Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedia unsur (N,K,dll).
Meningkatkan penyerapan air.
Mengendalikan racun dari unsur aluminium.


*informasi dari laman web bakam suci

APAKAH BAJA ZEOLITE


Risalah yang dikeluarkan oleh Syarikat Bakam Suci

THE JOURNEY BEGIN...


Alhamdulillah lepas 2 tahun company Woodviance Sdn Bhd terbengkalai. baru minggu lepas start 10/10/2008 dapat nafas baru.Projek utama kami sekarang adalah memasar dan membekalkan baja zeolite keluaran bakam suci. so para petani dan peladang yang perlukan bekalan baja zeolite hubungi saya di 0192721100. harga dari rm35sebag/25kg. visi kami untuk jadi one of big player pemilik ladang sawit, getah dan tanaman-tanaman lain.sesiapa yang sudi kongsi ilmu dengan kami amat kami hargai.


PRODUK

Sebelah adalah keratan akbar kosmo bertarikh 9 September 2008 Selasa. Kenyataan peladang menunjukan baja jenis zeolite banyak menyumbangkan dari kesuburan tanah dan ketahanan dahan pokok